August 28, 2011

merdekaraya

Sedikit masa harus diluangkan, fikirkan sebentar apa yang dijuangkan
Adakah merdeka sekadar laungan, merdeka semuanya keluar gaungan
Merdeka lebih dari tiga jeritan, merdeka bebas dari kesempitan
Pemikiran, otak, akal, minda mungkin tiba masa definisinya di pinda





Altimet

August 26, 2011

#kata


hilang wang hilang sedikit
hilang cinta hilang separuh
hilang semangat hilang semuanya


...


seperti masuk kolam
minum air banyak kali
hampir mau tenggelam



...



mendung tak lah lama
habis hujan terbitlah matahari



August 22, 2011

Jangan nak mem-bangau !

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? korang time kecik-kecik mesti penah dengar/nyanyi lagu ni kan? dan korang mesti tau maksud yang tersirat di sebalik lagu ni kan? iaitu sikap manusia yang suka tuding kat orang lain or salahkan orang lain or lasan taknak bersalah so salahkan orang lain yang konon diorang lah punca masalah tu. selain tu sebenarnya ada maksud lain yang tersirat dalam lagu ni yang diterangkan oleh pencipta lagu ni Hamzah Fansuri.

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku


Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi orang islam yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama/orang islam yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki orang islam ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".

video cobaan




cuti panjang memanjang memang tak buat ape
salah satu benda aku buat
main benda alah ni
Sony Vegas Pro 10
lastu belajar/try buat handwriting
HIHIHI

August 21, 2011

#nowlistening




ter-addict dekat lagu ni yang dicover oleh Tiffany Alvord & Boyce Avenue.
lagi suka yang ni dari original Christina Perri.
ni semua salah Yasmin Zubir pergi post dekat twitter. isk kan dah ter-addict

I'm more rational

"
Rational: What's the point of getting into a relationship if you're not ready.
Emotional: It feels so good loving somebody and that somebody loves you back.

Rational: I'm not a commitment-phobe yet I don't think I will be able to commit a long-term relationship. The feelings of romance and passion will eventually evaporate.
Emotional: Loneliness can kill you. You'll die alone.

Rational: The ultimate purpose of dating is to find a life partner right? What's the rush? You ain't even close to being old enough to play a mature rated game, to find a perfect promise ring.
Emotional:Dating gives me a euphoric feeling of being admired. I love the way he treated me. I love his smile, his lame jokes, his hair, his everything.

Rational: He's not the one. I know what I want and my instinct couldn't be wrong.
Emotional: Nobody's perfect. We're imperfectly perfect together. Or at least I've someone to hold on.

Rational: Being single is sexy. You've brains in your head, you have feet in your shoes, you can steer any direction you choose, you do what you like and you don't need anyone to rectify your existence. You are on your own.
Emotional: I give top-notch priority to my partner. I love making him happy without considering my own. I treat him like a king and expect him to treat me as his queen. We share because we care. We devoted ourselves to each other, by hoping we both will be forever bonded in love

by ispeakalien

"



aku rasa aku lebih berfikir secara 'rational' tu .

August 20, 2011

hilang



beberapa hari lepas. tak tahu hari ape sebab baru perasan. Onitsuka Tiger Mexico 66 aku hilang!!! di rumah! YE! DI RUMAH!! pencuri masuk rumah malam-malam curi kasut JE!!! motif!? kasut kulit abang aku pun hilang. tinggal kasut buruk Everlast aku tu je. sumpah bengang doh kasut tu hilang. nasib baik ibu kata, "nasib baik dia amek kasut je, kalau dia amek motor, lagi susah", ok tenang. Syukur.

tapi.. haaa aku nak yang ni jugak. nak beli baru yang ni jugak! haa da la susah cari yang macam ni punya!

August 16, 2011

mula



risau
dah mula risau

bimbang
dah mula bimbang

nervous
dah mula nervouse


untuk sem depan

August 12, 2011

#200 post : anak buah-buahan

hari ni walaupun dedemam. macam seronok tengok anak buah-buahan ber-seronok-duaronok. senanye selalunye diorang main dalam kawasan rumah je. ni terlepas keluar pulak. sampai ke depan rumah orang dia pegi -__-

August 10, 2011

Hukum Mempercayai Zodiak

ihsan daripada hatiseorangmuslimah.blogspot.com

Takrif Horoskop

Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui. Tarikh itu pula akan jatuh pada salah satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capri­corn, Aquarius, dan Pisces. Menurut ilmu astrologi setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Hukum Membaca dan Mempercayai Horoskop/Zodiak

Horoskop dan Astrologi ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan media massa terutamanya yang disasarkan kepada golongan remaja.

Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu.

Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Telah jelas hukum sihir bahawa ianya haram menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.

Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah. Tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.

stride rite LITTLE STAR





click &
LIKE LIKE ^^


August 6, 2011

Six easy ways to earn even after death.

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
3) Participate in building a Masjid.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
6) And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the above, u gain.

August 5, 2011

sesal pun tiada guna, teruskan apa yang ada

kalau aku continue CS
mesti dah grade sama dengan member-member lain
dah keje macam member-member lain
dah boleh berangan nak beli Ninja macam Alan. Haha

namun apakan daya puaskan hati semua
dunia dinamik selera berbeza-beza


ok tiba-tiba rap lagu Formula by KRU

senanye nak cakap,
namun, tiada apa yang perlu disesalkan
keputusan telah dibuat dua tahun lepas
hoping for a better living

namun sekarang macam susah sikit
ayah menganggur
mungkin (sebab aku taktau) tahun depan dia dapat pencen

aku ni tak suka meminta
jadi taknak la macam mengharap bantuan kakak
"great power comes great responsibility"
ok takde kene-mengene
senanye aku nak cakap
umur dah 23, takkan nak mengharap orang.
cuti ni boleh la keje cari duit
naik sem nanti? hmm

itu yang tiba-tiba terfikir
kalau continue CS, dah grade, dah keje, dah ada pendapatan sendiri
tak payah menyusahkan orang
boleh bayar motor sendiri
boleh bagi makan ibu ayah

betul, hidup kadang-kadang kita diatas
kadang-kadang kita dibawah
ada orang lain yang lagi susah dari kita
aku redha dan tabah je hadapi
orang lain mungkin nampak aku senang je
sebab diorang taktau apa yang terjadi