April 28, 2009

Malas


sorry la malas update blog.
sebab.. MALAS :p

ok la cite skit.
dari sabtu lepas till today, aku asek haus je sbb shah alam asek panas je memanjang.
ahad hari sangat bersejarah. haha bangang. gila babi bosan tahap dewa dewi gaban ah.
seharian dok umah je online macam bontot da melekat kat kusi, tangan da melekat kat keyboard, mata da melekat kt screen.
isnin ingat nak pegi office jap, nak hanta pendrive supervisor. tapi x jadi la pulak. kene p amek kakak kat putrajaya sebab dia demam. doctor demam? keke.
sampai² shah alam balik, daus text ajak lepak alang² dia datang shah alam dengan she yana n ijat.
orite la. lama x jumpa/lepak ngan dia.
so lepak la kat mcd section3 tu. she blanja eskem :D
lastu bawak dia naik ats bukit kt section12.
best gak la lepak² amek angin. fuu syok weh. kalau bawak tika tu da tdo da tuh. haha
lastu she ajak p extremepark kt 13. lol xde ape.
g usha tmpt paintball. sial aku kene paintball.
gatal main peluru paintball tu skali pewarna pluru tu tepancot kt slua aku. babeng tol. lastu dorg pn balik la memandangkan da kol5 cmtu kn.
hari ni tepat 635pagi bangun.
g umah alan, dia tdo. sengal ubi.
semalam semangat nak jogging.
ah dia bgn gak, g gak ngn azha skali.
jogging la satu tasik shah alam besa gaban 3+km tu.
time nak g tu, nmpk mira anak azlan tgh jalan kaki p skola sensorg. kesian.
muka xley bla mcm org batak baru smpi bndr :p
lastu p hanta banner kt office alan, breakfast kt ali corner.
balik mandi siap², alan dtg umah jap lastu p ole² book lane bowling utk jumaat ni ;D
lastu bli cendol kt 20, lepak umah alan smpi kol5.
balik, rehat, siap p tuition. end.

April 25, 2009

Alhamdulillah

hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,
dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan pengaruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini


April 23, 2009

duku?

dukudukudukudukudukudukudukuduku~

boring weh!

tinggal satu hari je lagi maw habis practcal :D

April 20, 2009

5days to go

tak sabar nak habis practical! ahhaha
lima hari je lagi.
this is the final week! wehuu~
then buleh lepak je!
May pegy Melaka.
June performing at Sepang with Dahlia By the Stairs
June camping di Port Dickson! :D




April 17, 2009

quote

hati menginginkan tetapi akal fikiran yang membuat keputusan.
hati dan perasaan mungkin buta, tetapi akal tidak





April 16, 2009

Tagged by Lyn ;)

1. Apakah hubungan awak dengan dia? (dia tu orang yang tagged kita la ba)
kawan je. tp kan, blm pernah jumpa :p

2. 5 impressions terhadap c dia???
i, comel
ii, kecik
iii, macam cina :p
iv, study biomedic, bdk pandai la tu kot. huhu
v, sayang sama bf dia. hahaa


3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak???
memorable? erk, xtau la lin. ape eh?
chat with u evry morning. haha


4. Perkara yang paling memorable yang dia cakap kat awak???
no idea. byk sgt da sembang :p

5. Kalau dia kekasih awak... awak akan...
jumpa dia hari² :p

6. kalau dy jadi musuh anda... anda akan...
musuh? tak payah la. kita baik kan lin kn.

7. kalau dy jadi kekasih anda.. dy perlu improve dlm...
dlm mengasihani diri sendri :p

8. kalau dy jadi musuh anda... mungkin kerana...
mungkin kerana..? dia mengkhianati ku. lol

9. overall impression ttg dy...
kecik comel :p hahaha. xtau xtau

10. the most desirable thing to do to her/him???
gosh! no idea. meet u la dlu..

11. apakah anda rasa ttg pandangan org terhadap anda???
pendiam.

12. the character of u for urself...
tak banyak cakap. ethusiastic dengan ape yang ku mahu/minat

13. on contrary, the character u hate about u...
kurus banget niii.. lebih kerja dari makan.

14. the ideal person you want to be with...
no idea. God! show me my ideal person please!

15. for people who lyke u... tell something about them...
impress me if u want me :p hahahhaa. poyo!

16. ten people you tag...
1. lilyn(lg skali blh ke? hahaha. jk jk)
2. mira
3. lalan
4. fafara
5. fazu
6. pika
7. alan
8. syuk
9. ekyn
10. wani


17. no.2 anda ada hubungan dgn siapa???
xtau. mira! dgn sape? sume mira nak an :p

18. is no. 3 female or male???
male

19. if no. 7 dgn no. 10 have a relationship. is it a good thing???
hahahaha! cm klaka je. alan dah berpunya. wani pn dah kot..

20. no.1 belajar apa???
biomedic. kn?

21. macamna dgn no. 5 dgn no. 8???
fazu da berpunya. syuk ok je kot. hahaha

22. no. 4 single ka???
tidaaaa

23. say something about no. 6???
azha azha :p

24. no.9 kelakar ka???
quite fun :D

April 15, 2009

Interview

13042009 isnin keje halfday.
balik sediakan sume doc yang diperlukan.
katanya nak gerak afta 7pm.
gerak lepas solat maghrib plak.
ondaway tu, nampak azfar & am. huu
nmpk am, rndu plak time dulu² tiap petang men futsal ngan dorg. haha
masuk kfc nampak kemba ez ngn member dia. ignore².
sampai Hotel Exelsior Ipoh bout 1030pm.
baca² skit pasal Ad. buat² ayat skit untuk interview. text lilin sampai tido :p
14042009 selasa bangun tepat 6am.
mandi solat siap² packing² turun breakfast gerak.
fuoo pakgad buncit tu jaga gate.
baik plak an jumpa bapak aku, slalu ngn student kerek tak berabis. tarik misai caplin kau tau la.
ramai pulak orang interview. ingat skit.
skali ngan course lain. building surevey, interior design, bla bla.
8.30am ujian bertulis. ok. sekrang 8.15am, aku datang awal ke?
perampuan je semua! aku sorang je lelaki tengah² tu. gosh.
time nak masuk bilik ujian tu baru la nmpk lagi manusia² lain.
lelaki macam 1/10 je weh. semua ada 90orang. katanya la.
ramai budak lepasan matrix/stpm etc. bdk uitm aku dlm 31org cmtu.
ada kucai, ada imma, ada yusliyana, ada nurul laila bersama rakannya yang comel. haha
baru aku tau org pggl nurul tu 'kakak'. setahun je pn beza.
ujian bertulis, suruh describe about yourself, penekanan kenapa amek program tu, ispirasi etc. in english. haih, lame tak tulis kot. goreng je la. dua page la plak aku buat. haha.
after that tunggu la sampai pukul2 sebab pagi tu budak interview budak lepasan stpm dlu.
lepak kat cafe fspu. nampak ez :D
lama tak nampak! rindu! :p
tak sempat nak keja, dia jalan laju nak ke library.
so xpe lah, nak final exam pn kan. text je la sampai ke balik :p
time lunch namapak ez lagi. wuu~
pukul dua, masuk bilik menunggu unuk interview.
hoaa! buat aku cuak je budak² ni. sume dok baca pasal gov.
ready sume sijil².
aku tak bawak sijil!!! kabinet baru satu ape tak hafal.
sorang² kene interview. sume stok klua bilik interview gelak² tak dapat jawab.
gosh! kurang skit neves sbb dorg dok gelak² je.
perasan ada aweks asek toleh blakang pandang kau je :p hahahah
comel pulak tu.
aku punya la senyap dok sorang² xde geng.
lain sume ade geng masing². dak OM dok skali, dak AD dok skali.
aku dok skali ngan beg aku je. hahaha
dalam 4+pm cmtu.baru la turn aku pulak.
lalu dpn bdk comel tu. dia ber suara "Goodluck!"
sambil buat muka comel. haha
terus serta merta tak neves lansung!! hahaha
masuk muka tenang, senyum je.
interviewer pn senyum je. huhu
dua orang, sorang namanya Dr Khoo, sorang En Nizam klu x silap.
K : ur name?
A : err, azam. muhammad azam.
K : so, ok azam. tell me about ur self..
A : ok, my name is muhammad azam bin mohd zamri, im 21years old and i live in shah alam.
K : (dok tenung aku sambil buat muka ingin tahu)
A : (buat muka pelik sambil cakap dalam hati, nak lagi ke?)
A : err, i currently do practical training for diploma in computer science.
K : ow, so u are computer science student. so why u want to change to this course, Mass Comm.
A : actually, im interested about advertising..
K : (dok tenung aku sambil buat muka ingin tahu)
A : (buat muka pelik sambil cakap dalam hati, aduhai dia ni buat muka plak)
A : (latu dok gebang la time skola dlu sampai la skrang buat brochures flyers untuk some club kt skola tu, tak sempat nak gebang time special topic dia da nyampok)
K : so, what do u know about advertising?
A : erm, adevrtising is a form of communication via one or some medium to persuade pontential customer to buy or use the brand of product or services that advertise. (sebijik aku amek dari wikipedia, tapi ade tambah² skit la)
K : 'product and services' that's true. very good. (sambil angguk²). tell me type of advertising that u know
A : erm, bilboard, radio, tv... printed such as brochures and flyer.. ad in mag, ad in website.
K : ok, that's good.
N : ok now im gonna ask u general question. tell name of prime minister of thailand.
A : ha?? the new one? err... i've no idea.
N : Menteri Besar Penang?
A : (geleng kepala sambil senyum)
N : ok, tell me how many district in selangor.
A : err..six?
N : how mane section in shah alam.
A : eerr, 32?
N : are u sure?
A : er no.
N : what about U1 and U2? it also in shah alam rite?
A : oh yang tu pn ada ke. (buat² xtau. hahaha)
N : ok, i dont know so forget about it. haha how many state in malaysia
A : erm, 13? (serious aku xtau dow. hahaha kira² balik ada 13 la kot + putrajaya jadi 14 la)
N : name of Menteri Besar Selangor
A : Tan Sri Khalid (buat² tau, tah mane aku dapat name tu pn aku tak tau)
N : (mengangguk je, pandang Dr Khoo)
K/N : ok that's all. thank you (senyum)
A : ok, thanks (senyum)

fuh! lega! ingatkan interviewer muka ketat je an.
klua² bdk comel tanya, "ok tak?"
then cite la ape jd kt dlm tu.
then bla, dia kata lagi goodluck.
da jauh skit jalan. dgr dia kata, "aik goodluck lagi, tadi da goodluck da sudah pn goodluck. haha" HAHA
pastu ingat nak jumpa lan and ez jap. ayah macam nak cepat je.
so jalan je la. nasib lan kata nanti dia datang kl ;D
balik sampai kol7. kol8 g tusyen.

*thanx to lin lan alep myra(didn't expect u wish weh) coz wish gudluck on that day. wish korag buat neves ku kurang skit. haha.

April 13, 2009

Weekend

bangun lebih kurang 0930. tengok phone ada 2msg.
1st dr ibu, "tolong belikan roti canai"
2nd dr ibu, "eh tk jd la, beli nasi lemak kt 18"
so bangun, mandi, blk rumah jap, g beli breakfast tu.
nasi lemak xde, merata cari. kt 19 pn xde. beli je la roti canai.
balik rumah minum jap then klua balik.
g jusco bkt raja beli tiekt wayang. Jangan Tegur.
balik rumah, wat keje skit. da petang camtu before hujan balik partment balik.
muiz xde. text dia. as i thought, dia pegi rumah alan, aja azhar lagu dbs.
menunggu petang, menunggu syuk tiba.
rite on time la dia dtg.
as cikgu nak gerak before maghrib, dia pn tiba lbh krg 1830 cmtu.
then gerak rumah cekgu amek cekgu n palai.
anak² mustafa tu lembab. leh lak g pasar malam.
kitorg belapan tengok wayang. aku cekgu syuk muiz palai alan azha azfa.
katanya lagi takut dr Jangan Pandang Belakang.
bagi aku, Jangan Pandang Belakang lagi best.
aku seram time mayat bangun tu je.
then banyak gelak tengok orang tekejot je.
minah 4org depan aku tu, tekejot melompat serentak, laastu pelok sama sendri serentak gak. hahaa
azfa lagi xley bla, siap tutop kepala ngan sweater. lol
ending tak brape nak best time Zigler jadi hantu & time Elly Suriati tu. kurang menarik la.
habis wayang, minum kt Rafi 18. then jamming kt 19.
aku syuk muiz alan azha. practice la kunun untuk June ni.
afta jamming bawak azha balik partment coz banyak benda dia kene blaja pasal lagu DBS. syuk aja dia. hm, memang susah la kot ryhtm dia. dengar macam senang, nak main yang original memang susah. syuk, biasa la. pelik² je dia tu.
then sorang² tumbang. di mualakan dengan si paling besa, muiz.
then azha baring² tros telelap. syuk masih bermain guitar.
dalam kol4 cmtu, aku masuk busan, masuk bilik tido.
bangun 9++. lepak² ronda² minum² air kosong. then mandi.
sume dok melopong je lg tido. amek vacuum, vacuum bilik.
saje buat bising nak suh dorang bangun. hahaha
muiz bangun diri depan bilik dengan muka mamai.
azha bangun diri depan bilik dengan muka mamai.
lek² jap. hanta azha balik.
lastu aku balik rumah jap cari buku Networking, syuk nak pinjam.
balik partment, ajak durang makan dkt² dgn sek ren tu.
balik partment, ntah buat ape gila babi busan nak mati.
last² p hanta syuk kt klang. dia nk blk da.
tiba² bapak dia nk amek plak kt klang.
ok tunggu jap. p jln Centrepoint jap usha Tarega.
Syuk! Telecaster tu best syuk! bli ah! hahaha
aku xtau ape beza guna Bad Monkey duh. bunyi cm same je.
then tah da kol bp kol10 kot. baru la En Ridzuan sampai.
syuk balik, aku balik. nampak mamat wanted. tros call cekgu. x dapat.
unsuffecient airtime. babun tol. msg je la guna num maxis.
then balik, tgk tv, tdo.
now kat office, amek halfday. petang/malam ni gerak ipoh.
esok ada interview kat UiTM Seri Iskandar yaw.
cuak cuak :p

April 10, 2009

Mengantuk

minggu ni tiap malam tido lambat
minggu ni tiap pagi bangun awal (before alarm)
damn, ntah kenapa tak tau
pagi² time tengah² jam nak keje baru la ngantok balik
tengah² keje la nak mengantuk balik
dilemma dah takdak
as ramai support suh g interview for degree in advertising tu
so i'll go to perak la isnin malam ni
cuak plak aku nak interview HAHA
so buat la skit research pasal advertising ni
yang tak best orang kata mungkin dia akan tanya pasal goverment or menteri² ni
adoyai tak minat lansung pasal politik weh
tak amek tau
minggu/bulan ni gi tusyen tak banyak mengaja
baru sekali je kot mengaja kalau tak silap
as minggu depan pn takda, g perak
so sekarang tiba kat kaunter tu macam busy je
so aku jadi kerani je la
pagi keje, malam keje
tu yang penat tu
ada plak member buat hal
lagi betambah penat je sebab sakit hati
nak marah, aku bukan jenis suka marah la pulak
redha je la kan
semua orang pun buat salah
lepas tusyen, balik awal
sampai partment tuka baju tros tido
end

April 7, 2009

Dilemma

tepat jam 1818
ibu msg
"Ada surat dr uitm"
aku pn dr partment balik ke rumah
tengok depan surat
ada cop 'Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media'
hati berkata "hah, ni mesti surat nak bgtau tak dapat temuduga"
bukak, baca

PANGGILAN TEMUDUGA SESI AKADEMIK JULAI 2009
bla bla bla, saudara di jemput menghadri temuduga yang akan diadakan seperti berikut:-
Nama Program : Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian)(Periklanan)
Tarikh/Hari : 14 April 2009 (Selasa)
Masa : 8.30am
Tempat : UiTM Cawangan Perak


OMG! mati² aku ingat tak dapat weh
saje je mintak Advertising
sekali dapat plak, temuduga je la baru
ingat tak dapat sebab da lari dari comp science
alhamdulillah
sekarang masalahnya aku delimma
nak pegi atau tidak
kalau pegi
mula² kene amek cuti
pastu kene pegi perak
pastu time cuti study week plak an, member² kt uitm tu sume balik la kot
pastu takut nanti tak boleh bawak, regret
pastu kene degree 3thn
kalau continue cs, 2thn je
tapi kalau tak pegi, takut regret pulak nanti bosan blaja cs
waaa cmne ni?
ayah belum cakap ape² lagi
tanya member lain, no idea
should i go or should i cont cs je?? :/

April 6, 2009

IUDAYJAZZF1

4th April 2009
bangun awal seawal 630 pagi. ada IUDAY kat skola ku dulu, SMKS19. cam biasa la en.zainal bin jani tu bukak gerai jual burger. and cam biasa la, aku tolong, azha n azfar yang masak/jual burger. mula² tak expect pun laris, lebih kurang lapan lebih tu, aku p klua beli burger, burger da habis. aduhai. ramai! ramai sangat! sampai tiga orang kat depan tu, sorang tukang masak, sorang tukang ready sayur/sos, sorang tukang bungkus, sorang back up kat belakang. hahaha. ouh lagi satu, tukang readykan roti. pergh lima orang kot. bukan tiga. and thanks tu Ikram kerana ringan tulang tolong kitorang sampai ke habis. makasih ya jiran. hahaha lebih kurang pukul10 kot, ku klua lagi, gas habis, balik² je hanta gas, terus klua balik, beli burger & roti. da habis. padahal baru bli kot. aduhai. busy tak busy gak la. sayur pn asek habes je. jual pun jerit², "ayam ayam! sape ayam! sape udang!! sayur habis sayur habis! sayur siap!! roti pat blas!!" hahaha kecoh gle. kat blakang cekgu zainal jual chicken chop. cool! then masa event da habis, gerai kami masih mempunyai ramai pelanggan. thank god! rezeki rezeki. then, makan² chicken chop, kemas², gerak Mukmin cekgu belanaja makan. then pulang pengsan.
Malam tu pegy Bangkok Jazz bersama Muiz Alan Azha + kakak Muiz. 2nd time pegy bar. lol. lebih kurang pukol11 blah. usha Delicious, then hanta kakak Muiz balik. kitorang pun gerak balik Shah Alam makan kat 11. balik tido mimpi budak comel. tah siapa tah awek tu. hahaha.

5th April 2009
terbangun awal, seawal 730pagi. pagi ni tak buat ape pun. balik ke rumah asal. tinggalkan muiz sorang² kat partment. hahaha. lepak² tetido plak kat sofa so good. hoho. denga bunyi Amsya. fuh terus segar tgk si budak comel tu. haha. then bincang² ayah n abang pasal F1. for the first time kitorang g tengok F1 weh. tp ayah da beberapa kali la. before gerak Sepang, jalan² kat Sunway Pyramid jap usha² baju. later rushing balik. tak sempat makan pn. haiya. dalam pukol2 camtu, gerak amek tunang abang dekat² dengan rumah Mira idora. kat Sepang. jam gile weh. minyak plak nak kong. tambichi tol. masuk je entrance, aku n muiz belari masok, muiz tetinggal :p as masa kitorang masuk tu race da nak mula. tak dapat tengok starting ;( the sound... gosh! superb weh! gila best dengar bunyi F1. hahaha. then sambil² dorang race, jalan² kat stu. amek² gambar. tiba² mat ade mat salleh ni nak amek gambar aku la plak an. tah nak buat ape tah. hahaha. then pegy other side view. hujan plak. tengok kete f1 sliding². gagaga. tiba² race benti. stop terus at lap 32/33 cmtu. sebab da lewat, da gelap. haiya. first time tengok f1 dapat tengok separuh je. xpe la, ticket free kn. hoho. da habis tu jalan² kat dalam tu, amek² gambar. pastu tak usha plak Konsert Jamiroquai. sebab konsert dia atas bukit, boleh nampak n dengar. x minat pn. so blah g LCCT, makan, as nak lari dari traffic jam. lepas makan balik. mata suda layu, tapi kene klua balik. hua penat gle kot. klua p isi minya k n nak topup touch n go, tp da habis plak macha tu kata. balik partment tros tumbang.

April 3, 2009

Lagu

ok firstly tajuk macam takde kene mengene je ngan ape yg aku nak tulis. haha.
yesterday, semalam, lecturer datang office. nak usha progress project kami. yang peliknya, kitorang ni relax je, lect nk dtg, ok, kitorg just tunjuk progress & ape² masalah la kan. yang si supervisor ni pulak menggelabah lebih. aduhai. siap buat presentation kt lect lg. buang masa. then time kitorang present prgress kitorg tu. supervisor byk menyampok plak. haiya, buang masa lagi. naseb la dapat lect best, baik je,cakap elok² je. xde mara². cool ;D aku cuak x cuak sangat la even lect tu baik, sebab aku present skit je, sebab part aku sikit. haha sebab aku byk buat design je. haih. so, yang cuaknya tu time presentation btol² nanti la kat uitm shah alam. haiya siap ade lagi dua orang lect tengok, nanti dia byk soal la ape la. aduss.
then, after keje tros shoot pegy SACC Mall, usha promotion handphone tu. gila babi la promotion dia! semua harga sama je! kata discount sampai 70% weh! babun tol. tros blah, beli Big Apple, beli shirt kat Giordano :D pastu telupa hanta alep, punya la jauh pusing sampai ke sek16, then salah jalan lagi, terlepas sempang, pusing kt sek9 plak. aduss.
balik rumah, rushing nak g tuisyen. tak balik partment pn, trus blk rumah. blk mandi sumbat Big Apple dua bijik, tros p tuisyen. aduss. sorry cekgu saya lambat. terpaksa cekgu jaga kaunter jap. kat tuisyen buat la keje yang sepatutnya. Gopal Gomal datang. ada teman :D then saw Mai buat bende tak sepatutnya. Haha! omg Mai! i saw la! gagagaga. lucah tol :p
habis tuisyen g rumah alan/azhar. amek lagu band cuzen dia, Juno Hana. ingatkan ada sume lagu, satu lagu je ada. hampeh tol. then dengar lagu azhar buat untuk band baru kitorang. aduhai banyak rupanya dia da buat, bukan nak bagitau weh, klu tak da boley mula awal da. lepas tu serba salah nak bagitau something kat dia pasal perform kat Sepang tu. actually my cuzen invite Dahlia By the Stairs(DBS) perform kat Sepang International Circuit(SIC) early june nanti. but Alan salah faham, dia ingat kat kami yang nak buat band baru ni yang perform, so dia bagitau azhar. aduss. aku memang fikir nak guna azhar as rythmist, but if daus tak boleh bagi commitment la. but then daus pun kata ok. aku pn ok je la. sekarang aku muiz and alan serba salah da nak bagitau azhar. yang si alan ni sure la backup adik, muiz nak azhar jugak. aku tak kesah mana², daus memang orang lama DBS, azhar, mereka kata azhar better guitarist then daus, senang nak jumpa so senang nak practice. hm azha or daus?
As azha pun da banyak buat lagu sebenarnya, so i prefer dia foucs kat band yang hendak dibuat tu dlu la. aku expect band ni maybe akan lagi cepat up kot, as senang nak jumpa as senang nak practice, maybe boleh buat demo cepat as DBS ta record demo lagi weh! aduss.
*nama band belum ada weh. Muiz bagi Chronos, Alan bagi Salah Parking, Azhar bagi Sara Sweat, Sweaty Sara, Tarakota/ Tara Kota (lbh krg la). aku dengar tarakota cam best gak. hoho