umur sudah sangat hampir dua puluh lima.
sudah terasa tiada muda lagi.
sesetengah insan yang prihatin masih mengajukan soalan sama.
yang paling rare, cekngah. anak kedua Haji Salleh, adik pertama ayah.
ia lah, orang terengganu, manalah fikir sangat tentang pasangan hidup orang lain.
dalam erti kata lain, boyfriend/girlfriend orang la.
dulu aku berjanji, lepas V, akan menyendiri sehingga punyai kerjaya.
ye, sekarang sudah pun tamat pengajian dan punyai tanggungjawab.
maka, si kaca mata masih mengaju soalan yang sama.
dan aku masih mengelak.
janji dulu diubah, bukan hanya punyai kerjaya, tetapi juga 'harta'.
harta itulah yang akan digunakan untuk ikatan yang sah.
aku tidak mahu yang sementara.
aku tidak mahu yang berharap dan menunggu,
semoga Allah memurahkan rezeki dan permudahkan segalanya. InsyaAllah.
InsyAllah, Amin.
ReplyDeleteIkhlas,
yang jauh tp dekat.