May 20, 2011

Kenapa perlukan iPad??

Just nak share member buat review pasal iPad

Kenape perlukan iPad walaupun dah ada laptop?? Kan laptop dah boleh buat macam2... menurut kajian aku (kajian la sangat), iPad ni ada kelebihan dan fungsi yang tak ada pada laptop...
  • iPad korang boleh biarkan on je walaupun korang tak pakai... so, kalau ada emel ke, korang boleh dapat notification la... tapi laptop korang akan off lepas habis guna... pastu nak guna, kena on balik... nak tunggu on tu kadang2 lama giler...

  • kalau korang beli iPad yang ada 3G, korang boleh pakai simcard kat iPad tu... makna nya korang boleh lah kalau nak online kat mana2 pun (asal kan ada line & korang bayar bil tu bulan2 la...) tapi laptop tak boleh nak pakai simcard melainkan korang tambah accessori (maksud aku, broadband la)...

  • iPad ada built-in compas...

  • iPad ada built-in location services (walaupun korang boleh get location korang kat google maps melalui laptop, tapi location tu kadang2 tak accurate...)

  • iPad ada gyro (search kat google ye pasal benda ni...)

  • iPad pun ada Accelerometer... (yang ni pun korang search la kat google ye...)

  • iPad (3G version sahaja ye) ada Assisted GPS...

  • iPad lagi ringan dan nipis, so nak bawa pergi mana2 memang senang la... korang nak selit2 kat dalam beg pun senang...

Bila di-combine-kan features kat atas ni, korang akan dapat buat benda2 yang menarik seperti kat bawah ni
  • Tunjuk portfolio or work korang melalui iPad masa pergi interview ke, jumpa lecturer ke... haha

  • Check waktu solat walaupun korang tak tahu korang kat mana masa tu (pakai location services je.. kan senang)

  • Nak tahu kiblat pun senang, kan ada kompas kat iPad tu... kat laptop kalau boleh memang hebat la laptop tu..

  • Geotagging utk gambar2 yang korang snap... (nanti kat gambar tu akan ada sekali location gambar tu di-snap..)

  • boleh jadi GPS device yang paling besar screen nya... haha... (setakat ni yang aku tau la)

  • macam2 lagi la... ikut kreativiti korang la nak guna kan untuk apa...

** Bukan la semestinya korang mesti pilih iPad... sekarang ni dah ada banyak dah tablet device... terpulang korang la nak pilih yang mana... yang murah ke, yang smart ke, ikut selera korang la... sengaja aku pilih iPad sebab aku dah pernah guna benda ni...

*** jangan salah faham ye... laptop tetap penting... walaupun ada yang tablet boleh buat, laptop tak boleh buat.. , tapi still ada yang laptop boleh buat, tablet tak boleh buat... cuma tablet ni boleh jadi pelengkap gajet2 yang korang dah ada... sekian...


Sekian

No comments:

Post a Comment