December 29, 2010

can't stop


the world I love
the tears I drop
to be part of
the wave can't stop
ever wonder if it's all for you

the world I love
the trains I hop
to be part of
the wave can't stop
come and tell me when it's time to

December 20, 2010

jimba jimba

entah ape ape. lama tak post blog.
kenapa? sebab taktau nak tulis ape.
kenapa? sebab dok umah je, tak de buat ape.
so nak post ape kan.



ok camni la.
Dahlia By the Stairs (DBS) akan perform untuk event DOME : 2011 ~ GREEN MUSIC PLAYGROUND pada 1 January 2011 nanti. secara mudahnye korang boleh click link tu untuk tahu lebih lanjut pasal event tu. roughly ada lebih 100 bands akan perform, ada banyak games & gerai & ape kebende tah lagi bende-bende kat Kem Isi Rimba tu.

sooo, yang aku penin sekarang. kami diberi 10 tix early bird yang bernilai rm40 & 10 tix pre-sale yang bernilai rm50, both type of tix include of 1 x Free Meal & Game + Discount Vouchers. yang buat kami fenin, camne nak jual tix ni eh? ok, soalan mcm budak tak sekolah kan? tau.
sebab dalam fikiran kami

1. event ni macamane eh? *sebab tak penah tau menahu pasal event ni yang kata penah buat tahun2 lepas.

2. diorg buat time new year, 1 jan, macam.. new year.. cuti.. orang tido kat umah. kot. ye dak? rajin plak orang pegi event2. entah. kalau aku, aku dok umah je. hahahaha

3. tix macam mahal. tapi banyak bende boleh buat dalam tu. banyak games, jualan, bands performance etc.

4. lokasi macam jauh. susah orang nak pegi.

ok, itu semua negative hinking kan. tau. tapi... logiknya macam tu la kan?
ok whatever! siapa nak support DBS atau nak pegi event tu, berseronok dengan kawan-kawan, sila laa contact kami ye.. before 25dec. sebab 25dec kami kene return tix tu kt organizer balik. oh ya! Temjin @ Sepatu 69 pun ada. lain lain boleh chekc-out dekat link event diberi tadi yeah!

December 12, 2010

DZB & AMS


ape tu? ape dzb & ams tu?
it's acronym for
Dalila Zahidi Baki & Along Muhammad Samiun
yang baru saja melansunglan perkahwinan pada 10122010
niiiiice~
it's my first friend of mine kahwin doh!
dulu asek tanya je,
"dali, bila nak kahwin? dali, bila nak kahwin?"
macam tak sabar gitu kan
sekarang macam tak caye je dia da kawen
Dalila Zahidi Baki, 23 tahun
telah berkahwin dengan
Muhammad Samiun, 31 tahun
tahniah untuk anda berdua :D

ok sebenarnye tak tau nak tulis ape
macam mengarut je kat atas tu
tengok gambar je lah






ok, malas upload gambar banyak-banyak. bye.

December 3, 2010

bukan cerita biasa

minggu lepas ade terbaca satu artikel yang orang post kat facebook pasal Turunlah Nabi Isa ke Bumi
salah satu benda yang aku ingat tentang artikel tu dia ada cakap pasal...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan


Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik memanah
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang


ok, dekat point tu, macam satu pun aku tak reti. mahupun berenang.
dan lepas tu dia ade cerita pasal Planet-X atau Planet Nibiru ang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
benda ni aku tak dapat kesahihannya, sebab aku kekruangan ilmu pasal bende ni.

yang menjadikan cerita itu post kali ni.
beberapa hari sebelum ni, aku ada termimpi. dunia ni jadi macam dunia tanpa teknologi. masa tu, hanya tanah merah, bangunan yang dah hancur. aku dan beberapa orang lain menyorok salah sebuah bangunan. macam rumah tapi da hancur. yang lain semua pegang senjata. senapang, pedang, pisau. diorang macam sedang meng-cover kaum hawa dan anak kecil. jadi aku yang remaja dan lemah ni, buntu taktau nak buat apa. hanya ikot diorang menyorok kat situ je. sambil usha-usha kat luar takut-takut ada musuh atau makhluk asing datang. (yang musuh mungkin orang zionis yang mankhluk asig..tu yang pelik tu terfikir makhluk asing sekali, macam dalam cerita starship troopers tu)
ok, masa tu boleh lagi terfikir, 'ini yang macam aku baca artikel dalam facebook tu'. time tu aku terfikir dah, macam ni ke dah nak kiamat. takde apa-apa. tunggu nak kene cabut nyawa je. time tu aku redha je. hati nak contact family, kawan-kawan. tapi apa kan daya. aku takde apa-apa. hati risau yang amat. iye lah, iman bukan kuat lagi pun. nak tempuh padang masya pun macam masih risau. lepas tu aku taktau apa jadi. kami keluar depan bangunan kosong tu. lepas taktau apa jadi.
aku bangun dari tidur dengan hati risau. dah terfikir, ni macam salah satu tanda kiamat dah sangat hampir. subhanallah.

satu dua hari lepas pulak. aku mimpi ada orang mintak aku no akaun bank. aku pun main bagi je. tengok-tengok, dia bank-in kan satu juta lebih dalam akaun aku. dan orang tu terus lesap entah ke mana. time tu, first thing aku buat, aku bagitau ibu, aku cakap dekat ibu, "ibu tahun depan kita pegi haji satu family yeh?" subhanallah.
mungkin aku faham, Allah nak tunjukkan dekat aku supaya insaf, dan lebihkan amalan. tapi.. aku speechless dan masih terfikirkan mimpi-mimpi tu.