December 3, 2010

bukan cerita biasa

minggu lepas ade terbaca satu artikel yang orang post kat facebook pasal Turunlah Nabi Isa ke Bumi
salah satu benda yang aku ingat tentang artikel tu dia ada cakap pasal...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan


Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik memanah
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang


ok, dekat point tu, macam satu pun aku tak reti. mahupun berenang.
dan lepas tu dia ade cerita pasal Planet-X atau Planet Nibiru ang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
benda ni aku tak dapat kesahihannya, sebab aku kekruangan ilmu pasal bende ni.

yang menjadikan cerita itu post kali ni.
beberapa hari sebelum ni, aku ada termimpi. dunia ni jadi macam dunia tanpa teknologi. masa tu, hanya tanah merah, bangunan yang dah hancur. aku dan beberapa orang lain menyorok salah sebuah bangunan. macam rumah tapi da hancur. yang lain semua pegang senjata. senapang, pedang, pisau. diorang macam sedang meng-cover kaum hawa dan anak kecil. jadi aku yang remaja dan lemah ni, buntu taktau nak buat apa. hanya ikot diorang menyorok kat situ je. sambil usha-usha kat luar takut-takut ada musuh atau makhluk asing datang. (yang musuh mungkin orang zionis yang mankhluk asig..tu yang pelik tu terfikir makhluk asing sekali, macam dalam cerita starship troopers tu)
ok, masa tu boleh lagi terfikir, 'ini yang macam aku baca artikel dalam facebook tu'. time tu aku terfikir dah, macam ni ke dah nak kiamat. takde apa-apa. tunggu nak kene cabut nyawa je. time tu aku redha je. hati nak contact family, kawan-kawan. tapi apa kan daya. aku takde apa-apa. hati risau yang amat. iye lah, iman bukan kuat lagi pun. nak tempuh padang masya pun macam masih risau. lepas tu aku taktau apa jadi. kami keluar depan bangunan kosong tu. lepas taktau apa jadi.
aku bangun dari tidur dengan hati risau. dah terfikir, ni macam salah satu tanda kiamat dah sangat hampir. subhanallah.

satu dua hari lepas pulak. aku mimpi ada orang mintak aku no akaun bank. aku pun main bagi je. tengok-tengok, dia bank-in kan satu juta lebih dalam akaun aku. dan orang tu terus lesap entah ke mana. time tu, first thing aku buat, aku bagitau ibu, aku cakap dekat ibu, "ibu tahun depan kita pegi haji satu family yeh?" subhanallah.
mungkin aku faham, Allah nak tunjukkan dekat aku supaya insaf, dan lebihkan amalan. tapi.. aku speechless dan masih terfikirkan mimpi-mimpi tu.

No comments:

Post a Comment