November 25, 2010

orang gila

this is 133rd post. aku dah macam orang gila kebosanan menghadapi cuti sem. takde la tak buat ape lansong. macam.. seminggu satu aktiviti. boleh diterima ke tidak? boley la. at least ade activity kan. but!!! lagi enam hari tu nak buat ape bai! gilo! duduk rumah, online, makan, online, melayan anak-anak buah yang comel, tengok tv, online, main game, online, main game, makan. hargh! gila! ok, napi save my day, last two days. napi datang lepak shah alam. then, appa pun datang. sampai je, lepak mamak, on the spot appa ajak bowling. bowling, kene tunggu dalam waiting list. sambil tunggu, karok. hah! amek! lepak, karok, bowling, lepak, main game jap kat rumah dorang, lepak tengok bola. balik. tak tido.
da pagi. ajak alan tengok Harry Potter. shit. ramai. tapi masih ada tempat. bagos. tengok HP dengan tekunnya sampai terpaksa tahan kencing selama lebih dari setengah jam. tak sabar nak tengok part2 punya. balik, da 24hours tak tido. nice. ingat nak tahan tido supaya boleh tido malam. tertido la pulak. damn.
lately, lepas final exam, da macam kene insomia. malam tak boleh tido. kenapa tah. maybe da terbiasa study tengah malam sampai ke pagi kot. sekarang macam makin teruk. pukul8 pagi baru la tido.
tadi lepas tengok wayang ingat nak taha ntido, tertido, sampai la 10p.m. damn kan. sah-sah sekarang ni tengah segah gila bab. shit la. tak boleh macam ni ni. sape tau ubat untuk insomia ha? minum susu eh? macam tak lut jugak je.
ok itu masalah pertama, masalah kedua adalah.. duit. cuti-cuti ni mane nak cari duit. kerja. ye tau kerja. mane nak cari kerja. sape nak amek saya kerja untuk sebulan je angkat bulu kaki!? takde. takde orang angkat bulu kaki. semua angkat kening je. kalau kerja pun, dec ada beberapa hal nak buat.
4 dec, cousin kahwin, DBS perform untuk Pekan Frinjan 16: HAM dekat i-City, Shah Alam.
10 dec, cik dalila pulak kahwin, dekat KB. nak pegi nak pegi!

November 22, 2010

something

Horror stories of what will happen if you use pirated software

Watch all the funny and crazy things people do with Nescafe!

Uji Bakat Kawanku Bintang Coca-cola

100PLUS Mindwarp Challenge and Outdo Yourself!

Get your adrenaline pumping at Paintball! This Paintball package includes: 500 pellets + paint marker + mask + long-sleeved vests + field charge + personal coaching! RM60 from RM120 [50% discount] profile image
Get your adrenaline pumping at Paintball! This Paintball package includes: 500 pellets + paint marker + mask + long-sleeved vests + field charge + personal coaching! RM60 from RM120 [50% discount]

Tagged by Sweet

Rules and Regulations:
Once you've been tagged, u r supposed to write a note with 25 random things, facts, habits or goal about u.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tag the person who tagged u.
If I tag u, it's because I wanna noe more about u.



1. saya bersize xs. saya sangat kurus. itu disebabkan oleh gene saya ye. bukan sebab saya obsess sangat nak kurus.

2. the highest weight yang penah saya dapat adalah 55kg. itu selepas usaha yang gigih untuk gemok / menambah berat badan / meng-berisikan badan.

3. saya sangta tak setuju bila orang kata anak bongsu anak manja. tak semestinya ok!!

4. dulu masa sekolah rendah, saya wakil sekolah untuk pertandingan catur. masuk sekolah menengah terus retired. jadi skill pencaturan saya sudah agak tumpul. haha!

5. dulu masa sekolah menengah, saya wakil sekolah untuk sukan bowling tapi tak penah menang ape-ape masa pertandingan peringkat mssd selangor / majlis sukan sekolah-sekolah daerah selangor. highest ranking saya dapat 44 dari 88. ok latu kan? ^^

6. dulu masa sekolah menengah, saya pakai baju sekolah warna putih hanya untuk beberapa bulan sahaja. sebab lepas tu saya jadi pengawas, pakai baju and seluar warna lain. saaaampai la habis form 5.

7. dulu masa sekolah menengah, saya dapat masuk class science stream. tapi spm, biology saya dapat 7D sebab sebenarnya saya tak minat biology. tapi malas nak tuka-tuka class masuk class IT. tapi saya amek subject English for Science & Technology dan saya dapat 2A :p

8. sejak tingkatan satu, setiap tahun saya akan pergi camping dengan kelab rekreasi sekolah saaaampai la ke hari ni. masih mengikuti. kelab tu buat camping tiga kali setahun. but sometimes tak dapat ikut sebab hal-hal education, class, test etc.

9. diploma dulu saya amek course computer science iaitu pilihan yang ke7 or 8 camtu. time tu, orang kata siapa apply cs, mesti dapat cs, walaupun pilihan terakhir. siot kan!? pilihan yang atas-atas tu semua architecture & art&design. iyelah. saya tak creative. tapi minat. boleh belajar kan. isk! jadi saya mengharungi diploma dengan perah otak sampai kering buat programming. at last time practical training terasa regret gile amek cs.

10. disebabkan selalu buat flyers / brochure etc untuk kelab rekreasi & pusat tuisyen titian gemilang + masa dip part5 dulu handle event, saya handle bahagian publicity, kene buat/design banner, poster and flyer, jadi saya mula terfikir untuk belajar dalam bidang tu.

11. daan.. setelah membosankan diri practical training dalam bidang computer science. saya pun isi la borang continuing study uitm, amek advertising. biar lah extend sem dari kawan-kawan lain. asalkan saya tak regret. dan sekarang saya happy dengan advertising. seronok weeeyyy~

12. garang. saya ni garang ke? ada jugak la beberapa orang kata saya garang. tak la. tapi mungkin tegas. lil bit perfectionist. mungkin bapak borek anak rintik. asal boleh semua nak well organize. tapi ye la, remaja kan, kadang-kadang malas, lantakkan je. tengok workstation saya ni pun da sepah da.

13. masa. saya amat la pentingkan masa. kenapa? mula memang diri sendiri yang memang pentingkan masa. lepas tu penah dengar ayah kata, masa tu dia tengah emo ape tah, lastu dia kata, "kenapa nak bazir masa? pegi je la dulu. bia kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita." dan saya meng-elaborate-kan sendiri. yela, kalau orang tunggu kita, buat orang tertunggu-tunggu je, nanti orang bosan, tak suke kat kite, malas nak berurusan dengan kita. tak ke tak elok tu.. kan? lepas tu, ada pulak ayat al-quran cerita pasal masa kan. maksudnye, masa itu sangaaaaaat la penting. taapi biasa la. manusia ni lemah kan. kadang-kadang dah tau diri tu kurang bijak tapi tak study awal-awal jugak. amek mudah je. leka.

14. ok. no 14. tengok nombor 14 je takde bende lain dalam fikiran. Thierry Henry. Legend Arsenal Football Club. wuuu.. dia sangat hebat ok. i adore him. dan sekarang no14 dipakai oleh Theo Walcott. dan saya juga meminati dia. muahaha.

15. saya tak smoke, saya tak penah smoke. nak pegang kotak pun terasa macam.. eee.. dan saya tak suka smokers! kenapa la rokok ni tak diharamkan haaa. merosakkan diri sendiri tu kan haram! bukan merosakkan diri sendiri je, malah orang lain. isk!!!

16. saya teringiiiiiiiin sangat nak DL. tak penah DL.

17. saya terasa macam loser kalau ada orang lagi hebat dari saya. damn!

18. saya pernah berangan nak ada suara macam Faizal Tahir. power ooowww! atau boleh rap macam Altimet. tapi saya tak mampu. hanya suara katak saja yang saya mampu keluarkan.

19. sentiasa rendah diri dengan rupa paras dan/atau skills yang ada.

20. saya minat menyanyi, saya nyanyi tak sedap. saya minat bola, saya tak hebat main bola. saya minat graphic, saya tak creative. saya minat photographer, saya tak pernah amek gambar cantik.

21. saya tak pernah ada handphone beli sendiri / baru. semuanya second hand, ayah/kakak bagi. sebab diorang beli handphone canggih. handphone lopek diberi kepada saya yang lopek ni jugak.

22. i looooove speed. saya minat lari laju, bawak kete laju, post comment laju-laju. semua la tentang laju. tapi, hal-hal kereta ke, moto ke, basikal ke, rollerblade ke, laju-laju jugak, keselamatan masih ingat. beragak jugak lajunye kan.

23. saya akan view google map sebelum ke tempat yang saya tak tahu. hafal skit landmark, then go. sebab itu saya jarang sesat.

24. ok kalau orang yang suke beli baju beli seluar beli kasut beli pakaian tu orang panggil ape? suke berfashion? atau suke shopping? haa itu lah saya sebenarnye. cuma hal ekonomi yang membataskan perbelanjaan. kadang-kadang dapat tengok je la. then dalam hati cakap, kalau la ada duit, dah lama aku beli. hahahahha

25. mungkin ramai tak tahu. saya ada band. Dahlia By the Stairs (DBS). had performed few gigs at ipoh, dekat Paul's Place pun penah jugak. Top10 Battle of the Band Youth'10. second place Battle of the Band Proton.

November 20, 2010

TOMG


TIDO
ONLINE
MAKAN
GAMES



TU JE KEJE AKU SETAKAT NI SEPANJANG CUTI SEM

November 18, 2010

lapan belas kali dua

otak kosong untuk menulis blog seperti tiada plan untuk cuti sem.
ok ada la sikit beberapa plan.

# Shout! Awards (20/11/2010)
# Majlis Perkahwinan Dalila % Along (10/12/2010)


masalahnye, belum ada plan confirm nak pegi ke Kelantan (untu mahlis perkahwinan tu) tu nak naik ape. kereta macam high cost tapi lebih mudah untuk bergerak, boleh lepak kampung aku dulu kat Kuala Terengganu or lepak rumah hairi Kuala Kerai; bus nanti dia turun mane entah & timing untuk ke majlis tu masih blur; train macam ok, terus turun wakaf baru (paling dekat dengan majlis tu) then naik lah ape2 ke rumah dali kan. KB Mall pun dekat untuk merayau. Train 12jam. gerak dr KL malam, sampai sane pagi, merayau KB Mall, tiba masa, gerak rumah dali as dali ckp KB Mall & rumah dia sangat la dekat. airplane tak mampu tapi sangat la mudah. pegi pagi, balik petang after majlis. jimat masa sangat. tapi tak mampu lah. harga ticket ke kelantan lagi mahal dari ke bandung. %^&*!

November 14, 2010

Manusia Bertanya, Qur'an Menjawab

1. Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur'an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (Al-Baqarah : 45)


2. Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur'an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)darul hasani:
Manusia Bertanya : Bolehkah aku frustrasi ?
Qur'an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)


3. Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur'an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286)


4. Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur'an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

*we don't get what we want, but Allah will give us what we need.

5. Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur'an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2).
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)


6. SYARAT-SYARAT POKOK TAUBAT

1.menyesali secara serius kesalahan masa lalu, harus ada perasaan bersalah, bahkan merasa jijik/ merasa kotor ketika mengingat masa lalu yang buruk

2. mencabut lepas secara total saat ini juga semua perbuatan buruk yang bertentangan dengan agama

3.meniatkan dengan sungguh-sungguh (komitmen yang keras) untuk tidak kembali ke masa lalu yang buruk

4. memurnikan perbuatan : hanya minta yang halal, menolak yang haram, membayar hutang dosa masa lalu sebisanya, hutang dosa pada Allah mudah dilakukan sedang hutang dosa pada manusia harus dilakukan langsung (kalau tidak sanggup, mintalah tolong agar Allah yang membayarkannya, sungguh Allah Maha Penolong dan Maha Pengampun)

5. Obatmu ada dalam dirimu tapi engkau tdk melihatnya. Penyakit pun dtg dari dirimu tapi engkau tdk merasa. Engkau mengira bahwa kamu adalah benda yang kecil. Sedang dalam dirimu mencakup semua alam raya itu.

November 8, 2010

Eleanor Roosevelt


"Great minds discuss ideas; Average minds discuss activities; Small minds discuss people." - Eleanor Roosevelt

November 5, 2010

Nina


THIS IS NINA. ALMOST 9 YEARS OLD.




ITU SAJA SAYA NAK CAKAP.
TERIMA KASIH.