November 22, 2010

Tagged by Sweet

Rules and Regulations:
Once you've been tagged, u r supposed to write a note with 25 random things, facts, habits or goal about u.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tag the person who tagged u.
If I tag u, it's because I wanna noe more about u.



1. saya bersize xs. saya sangat kurus. itu disebabkan oleh gene saya ye. bukan sebab saya obsess sangat nak kurus.

2. the highest weight yang penah saya dapat adalah 55kg. itu selepas usaha yang gigih untuk gemok / menambah berat badan / meng-berisikan badan.

3. saya sangta tak setuju bila orang kata anak bongsu anak manja. tak semestinya ok!!

4. dulu masa sekolah rendah, saya wakil sekolah untuk pertandingan catur. masuk sekolah menengah terus retired. jadi skill pencaturan saya sudah agak tumpul. haha!

5. dulu masa sekolah menengah, saya wakil sekolah untuk sukan bowling tapi tak penah menang ape-ape masa pertandingan peringkat mssd selangor / majlis sukan sekolah-sekolah daerah selangor. highest ranking saya dapat 44 dari 88. ok latu kan? ^^

6. dulu masa sekolah menengah, saya pakai baju sekolah warna putih hanya untuk beberapa bulan sahaja. sebab lepas tu saya jadi pengawas, pakai baju and seluar warna lain. saaaampai la habis form 5.

7. dulu masa sekolah menengah, saya dapat masuk class science stream. tapi spm, biology saya dapat 7D sebab sebenarnya saya tak minat biology. tapi malas nak tuka-tuka class masuk class IT. tapi saya amek subject English for Science & Technology dan saya dapat 2A :p

8. sejak tingkatan satu, setiap tahun saya akan pergi camping dengan kelab rekreasi sekolah saaaampai la ke hari ni. masih mengikuti. kelab tu buat camping tiga kali setahun. but sometimes tak dapat ikut sebab hal-hal education, class, test etc.

9. diploma dulu saya amek course computer science iaitu pilihan yang ke7 or 8 camtu. time tu, orang kata siapa apply cs, mesti dapat cs, walaupun pilihan terakhir. siot kan!? pilihan yang atas-atas tu semua architecture & art&design. iyelah. saya tak creative. tapi minat. boleh belajar kan. isk! jadi saya mengharungi diploma dengan perah otak sampai kering buat programming. at last time practical training terasa regret gile amek cs.

10. disebabkan selalu buat flyers / brochure etc untuk kelab rekreasi & pusat tuisyen titian gemilang + masa dip part5 dulu handle event, saya handle bahagian publicity, kene buat/design banner, poster and flyer, jadi saya mula terfikir untuk belajar dalam bidang tu.

11. daan.. setelah membosankan diri practical training dalam bidang computer science. saya pun isi la borang continuing study uitm, amek advertising. biar lah extend sem dari kawan-kawan lain. asalkan saya tak regret. dan sekarang saya happy dengan advertising. seronok weeeyyy~

12. garang. saya ni garang ke? ada jugak la beberapa orang kata saya garang. tak la. tapi mungkin tegas. lil bit perfectionist. mungkin bapak borek anak rintik. asal boleh semua nak well organize. tapi ye la, remaja kan, kadang-kadang malas, lantakkan je. tengok workstation saya ni pun da sepah da.

13. masa. saya amat la pentingkan masa. kenapa? mula memang diri sendiri yang memang pentingkan masa. lepas tu penah dengar ayah kata, masa tu dia tengah emo ape tah, lastu dia kata, "kenapa nak bazir masa? pegi je la dulu. bia kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita." dan saya meng-elaborate-kan sendiri. yela, kalau orang tunggu kita, buat orang tertunggu-tunggu je, nanti orang bosan, tak suke kat kite, malas nak berurusan dengan kita. tak ke tak elok tu.. kan? lepas tu, ada pulak ayat al-quran cerita pasal masa kan. maksudnye, masa itu sangaaaaaat la penting. taapi biasa la. manusia ni lemah kan. kadang-kadang dah tau diri tu kurang bijak tapi tak study awal-awal jugak. amek mudah je. leka.

14. ok. no 14. tengok nombor 14 je takde bende lain dalam fikiran. Thierry Henry. Legend Arsenal Football Club. wuuu.. dia sangat hebat ok. i adore him. dan sekarang no14 dipakai oleh Theo Walcott. dan saya juga meminati dia. muahaha.

15. saya tak smoke, saya tak penah smoke. nak pegang kotak pun terasa macam.. eee.. dan saya tak suka smokers! kenapa la rokok ni tak diharamkan haaa. merosakkan diri sendiri tu kan haram! bukan merosakkan diri sendiri je, malah orang lain. isk!!!

16. saya teringiiiiiiiin sangat nak DL. tak penah DL.

17. saya terasa macam loser kalau ada orang lagi hebat dari saya. damn!

18. saya pernah berangan nak ada suara macam Faizal Tahir. power ooowww! atau boleh rap macam Altimet. tapi saya tak mampu. hanya suara katak saja yang saya mampu keluarkan.

19. sentiasa rendah diri dengan rupa paras dan/atau skills yang ada.

20. saya minat menyanyi, saya nyanyi tak sedap. saya minat bola, saya tak hebat main bola. saya minat graphic, saya tak creative. saya minat photographer, saya tak pernah amek gambar cantik.

21. saya tak pernah ada handphone beli sendiri / baru. semuanya second hand, ayah/kakak bagi. sebab diorang beli handphone canggih. handphone lopek diberi kepada saya yang lopek ni jugak.

22. i looooove speed. saya minat lari laju, bawak kete laju, post comment laju-laju. semua la tentang laju. tapi, hal-hal kereta ke, moto ke, basikal ke, rollerblade ke, laju-laju jugak, keselamatan masih ingat. beragak jugak lajunye kan.

23. saya akan view google map sebelum ke tempat yang saya tak tahu. hafal skit landmark, then go. sebab itu saya jarang sesat.

24. ok kalau orang yang suke beli baju beli seluar beli kasut beli pakaian tu orang panggil ape? suke berfashion? atau suke shopping? haa itu lah saya sebenarnye. cuma hal ekonomi yang membataskan perbelanjaan. kadang-kadang dapat tengok je la. then dalam hati cakap, kalau la ada duit, dah lama aku beli. hahahahha

25. mungkin ramai tak tahu. saya ada band. Dahlia By the Stairs (DBS). had performed few gigs at ipoh, dekat Paul's Place pun penah jugak. Top10 Battle of the Band Youth'10. second place Battle of the Band Proton.

2 comments: