July 25, 2010
ketiga
July 16, 2010
back to normal
kembali berfikir tentang diri sendiri sahaja
terima kasih
July 14, 2010
Kedua.
baru dua minggu kelas, assignment da besepah da. fenin dibuatnye. last week Dr. Ngu da bagi tajuk presentation untuk Marketing Research. tengok first group presenter buat macam fenin jugak kejenye. copywriting da ada dua assignment kene submit serentak. yang first assignment tu mungkin boleh buat, second assigment belum ade idea. bel, takde idea lansung nak buat essay tu. aaargh sume kene perah otak nak buat assignment. hm hm.. dengan kene layan kerenah lecturer lagi. adakah sem ini akan menjadi stress? wallahualam.
July 3, 2010
June 20, 2010
Kawen-kawen Keynote
agak penat dan sangat sakit tekak. macam rasa bengkak pun ada. but mula-mula memang dah diplan akan perform untuk majlis perkahwinan Saerah + Azha,
Sae = Syuk's kakak
Syuk = Guitarist DBS / Temjin
Syuk = Contestant Keynote.
So dah plan dah set lagu ape sume nak perform, dah study sikit (kene study sebab tak penah dengar/jamming lagu tu) so, 6 songs of The Beatles song sebab kakak syuk, dia minat sangta sangat ngan Beatles. Tiba-tiba! syuk dapat pulak masuk Keynote. Ape tu keynote? tak penah dengar? ni rancangan realiti baru kt astro, dia macam af, tapi ni ke arah menjadi composer/producer. haa kira tak rugi la aku dan alan menunggu dia seharian kat Bentley Music masa dia gi audition hari tu. So, dia da masuk keynote tu, ingatkan takjadi la perform tu, sebab dia takde. skali keynote belum start lagi suda ade kezutan daa.. semua contestants keynote datang time majlis perkahwinan tu, dengan beberapa orang keynote la, dengan cameraman skali. fewwit. kami masuk tv kah? hahaha. So last minute la dapat tau yang dorang akan datang majlis tu. Khamis study lagu balik, Jumaat jamming 2jam, sakit tekak. Sabtu gerak Ijok, malam tu jamming lagi, tambah sakit. Ahad perform. gilo. keynote datang tengah hari majlis tu. so family syuk dan kami pun sambut la dia dengan senyum lebar. terasa macam da lame tak jumpe, padahal seminggu lebih camtu je pun tak jumpe. then dapat la jumpe rina ngan kak fynn skali dengan rambut barunye. fewwit. entah kenapa la astro suh potong pendekkan, si shana yang cun berambut panjang pun di pendek kan, da tak lawa da. hahaha. Kak fynn pun share skit cite dia kt dalam keynote tu. then kami tarik syuk pi dorm, lepak2, cite2. after zohor, kami perform dengan kerisauan kesakitan tekak ni. tapi macam tak risau sangat sebab syuk join perform skali 3lagu, Oh Darling, I Wanna Hold Your Hand and syuk nyanyi Hey Jude untuk bapak dia sempena father's day ;) after kami perform 3 lagu, keynote contestant perform satu lagu before dorang gerak balik tempat tinggal dorang. then kami perform lagi 3 lagu yang belom perform tu. after that kami rehat jap, then after Asar gerak balik shah alam.
June 7, 2010
mimpi lagi.
mimpi result lagi! damn! ape pasal tah cuak result lebih2 ni. sume pasal sem ni banyak subject bace. aku lemah betol subject bace2 ni. tak minat lansong. damn! especially economy. few weeks ago mimpi dapat 2.8. sume cukop makan je. termasuk la lulus eco. cukop makan. azam degree nak maintain 3pointer. tak kesah la tak DL pn, tp if dapat maintain 3pointer pun da kire mcm best kn. last nite mimpi lagi, pointer tak tau. average dpt C, ade satu dua A. mimpi kan, so nampak pon samar-samar je. yang tak ley blah tgk result eco tu, C+ dimana C+ = carrymark yang rendah + jawapan sume betol time jawab final exam yang tak berape nak jawab sume tu. hahahha. paham tak? tak paham la tu. kirenye, time exam tak jawab banyak pon, jawab yang tau je, banyak tinggal, tak jawab. jawab untuk markah cukop2 untuk lulus. budget je kn. dalam mimpi tu kire aku betol sume la. *sengal oh mimpi cmni. aaaargh. tension tension. ape pasal la cuak lebih ni. tak confident lansong eco boleh lulus (walaupun penah amek 2tahun lepas time diploma, dpt B pulak tu, tapi kali ni dapat lecturer cine, aja laju, susah nak faham) damn! *asek damn je. hari-hari tgk date, cuak result nak klua. oh damn, taknak repeat paper dow! ok la, sem ni tak dapat 3 pn xpe la, asal tak repeat T_T
May 25, 2010
Award?
aidilbanting.amr.anisilyani.dalee.donutss.fafara.farahainss.fazu.fiki.hanyabell.hilmiperot.lilyn.lydia.mira.nurul.palai.pika.syapiqah.umy.wani.zana.(hamek kau, sume link kt blog aku tulis)

Contact said blogs and let them know they've won the award
State 7 things about yourself:
.anorexia nervosa.
.walau makan macamane banyak pun, max berat 55kg.
.pendiam, pemalu :p
.suke pendam.
.sebenarnye rajin, tapi pemalas. :p
.tak suka menyusahkan orang, prefer buat sendiri.
.sangat sangat mementingkan masa.
May 24, 2010
Tiada Peluang Lagi
Jangan biar ku fikir
ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir
angan yang mengganggu fikiran
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
May 20, 2010
superbly boring
yes! cuti sem yang sangat la memboringkan. plannye nak keje sambil-sambil dapat la jugak poket. sampai sekarang tak keje. keje tido online tido online je. dengar anak buah memekak skit. baling-baling lambong-lambong anak buah yang comel tu skit. jamming jamming jamming. duit pun da kosong.
mesti orang cakap
"keje la.. ade punye.. boleh punye walaupun sebulan je..".
a'ah memang la nak keje, tapi nanti takot asek mintak cuti je, sebab ade plan nak buat itu ini, pegi sana sini. keje asek cuti je baek tak payah kan. buat malu diri je. nanti dikata tak produktif pulak. daripada menyusahkan company/tempat keje tu dan memalukan diri sendiri, baik dok umah diam-diam.
malam lepak tusyen, kadang-kadang dapat la jugak jaga class if ada cekgu tak datang. dulu memang ade class tetap, sejak dua menjak tiga menjak busy sangat hujung sem lepas, trus diganti dengan Chang, Indian boy yang selalu lepak tusyen jugak.
and kadang-kadang, tapi sekarang macam selalu je, jamming. kenapa entah sejak dua menjak tiga menjak asek jamming je. practice untuk battle of the band Youthfestival hujung bulan Mei ni, and untuk nak record demo tak lama lagi. and semalam cekgu bagi job lagi, dia cadang nak buat buku untuk student tusyen dia. so dia suh la aku buat cover buku la etc. nanti dia compile info, bagi kat aku baru aku buat. setakat ni dia baru bagitau cadangan dia. then mid june time cuti sekolah, camping kat Ulu Bendul. laaallalaa~ lama tak camping kat hutan. mandi sungai. wuuu syok uuuw!
sekarang suda jarang topup credit sebab ketiadaan duit. tunggulah berduit nanti baru topup ye. bulan julai nanti ke. hahahaha. lagi 24-7 online kan. kadang-kadang berhubung gune FB je trus.
May 9, 2010
final day of zero two
finally, ape yang dirancang sume tak jadi. last-last pegi hangout je. mule-mule cadang nak gerak pyramid. tapi gie intan bai gerak bukit tinggi. so kami(azam kerol hairi hairi sr.) pun gerak la bukit tinggi jugak.
sampai sane jalan-jalan pusing-pusing sambil menunggu gadis-gadis yang lembap itu dengan harapan dapat la karok lunch hour, dapat makan skali, namun, harapan menjadi kekecewaan. haha. takpe. kami pi makan dulu kat Toast More atau kerol kata toasted o mo re. kau tak reti baca eh kerol? beberapa minit kemudian gadis-gadis tu sampai. wah ayat karangan nih. then mereka pun makan la jugak before pi karok kan.
time kami karok, baru la dali datang. disebabkan masalah tertentu, dia datang lambat skit. join jugak :) yey! then, konon nak main bowling kat pyramid, tak jadi disebabkan masalah2 tertentu jugak. so we decide pegi makan je kat Ayam Penyet. sodaaapp.. nak keluar pyramid gile jem nak mampos. dekat carpark pun jem!? wtf. kaki da lenguh da tempuh jem kat Klang kene tempuh jem kt pyramid. gile.
seterusnya kami nak pegi icity, tapiiii.. gile jem, dan gile ramai, dan gile banyak kete, dan gile jauh kalau nak pegi jugak kene park kat lua jauh gile. so kami lepak dataran dua je. amek-amek gambar. main pepsi cola. dali main tipu banyak kali! tapi kalah jugak. hahahhaha. pastu main sambung ayat, sambung menari. kelaka nak mampos ok. gelak sampai pecah perot, sampai nangis! then sume decide tak main dah, penat gile gelak sampai nangis.
pastu kami gerak pegi A.I. or Al-Ikhsana, lepak sampai subuh. tapi intan gie bai balik awal skit dalam kol4 camtu. aku hairi kerol hairi sr. dali, lepak sampai kol5. gebang gebang gebang, cite hantu, cite pasal ibu, cite pasal ayah, cite macam macam sampai kol5 kami balik dengan aku rasa bersalah kat dali. adess. nanti aku bayar balik yeh dali ;( dali pun nak balik kelantan da. bye bye dali :) yang si gie bai tan tu balik rabu kot. kerol takat KL je tadahal, hairi entah balik ble. hairi sr pn xtau blk ble. hahaha. aku, sudah pun berada di rumah. yey! Selamat Hari Ibu ibu! azam takde ape nak bagi, card bank rosak, tak boleh nak klua duit :(
ouh, gambar aktiviti sila lihat di Fb ye. malas nak upload sini ;)
