As-salam, hello, is actually bored at the office, did a short blog-walk and tertarik untuk membaca satu artikel ini di iluvislam.com yang ditulis oleh Nazali Noor. Mohd Nazali Mohd Noor merupakan pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom berkongsi karya/pengalaman/ilmu etc. Agak panjang artikelnya. Kalau rajin baca lah. hee..
Beberapa hari lalu saya bersembang dengan anak perempuan saya, Najwa, tentang perkahwinan.
"Najwa, nanti bila dah dewasa nak abah dengan mama carikan calon suami atau nak cari sendiri?"
"Apalah Abah ni, lambat lagilah nak kahwin. Not interested to discuss this topic. NEXTTTT..." jawab Najwa selamba.
"Awa, nanti bila Awa dah kahwin kan, Awa nak anak berapa ya?"
"Ish Abah ni, tak habis lagi rupanya. Awa tanya abah baliklah, ha nanti Abah nak cucu berapa?"
"Abah nak ramai cucu. Nanti senang nak pilih mana satu nak wrestling dengan atok mereka. Best cucu ramai ni tau."
Mengekek kami ketawa.
Saya dan Ain berkahwin pada usia yang muda (dalam konteks zaman kami dianggap muda bila berkahwin pada usia 24 tahun). Pada usia 25 tahun kami dikurniakan Najwa. Indahnya dianugerahkan anak pada usia berkenaan walaupun saya dan Ain tidak mempunyai masa untuk berseronok-seronok ke sana sini seperti ketika zaman bujang kami.
Ramai kawan-kawan yang mengusik Ain dan saya (kerana kami sebaya) semasa kami hulurkan kad jemputan perkahwinan.
"Wah, cepatnya kahwin. Amboi, tak tunggu lama pun ya?"
"Ewah, terus ngap sayot aja ya? Kenal enam bulan terus nak kahwin dah. Tak enjoy dulu, Naz? Rugi tau tak enjoy."
"Baru umur 24 korang dah nak kawin? Ekonomi tak stabil lagi. Gaji baru berapa sebab baru kerja. Nanti belum apa-apa dah ada anak. Perempuan cepat nampak tua bila dah beranak pinak tau. Nanti tak sampai 30 tahun dah macam 40-an..."
Semua usikan ini kami hanya balas dengan senyuman.
Disember ini usia perkahwinan kami mencecah 16 tahun. Anak-anak juga sudah ada yang remaja. Najwa sudah 15, Najman 13 dan Najmi 11 tahun.
Lucunya bila berjumpa teman-teman yang mengusik dahulu kerana lain pula nada usikan mereka sekarang.
"Eh, dah ada anak dara dah kau Naz. Dua hero ni pun dah bujang dah haa. Aduhai, anak aku baru sekolah tadika anak kau pulak dah tak lama nak masuk universiti."
"Adui, ruginya kahwin lewat ni. Untung kau, Ainon. Najwa dah macam adik-beradik dah dengan mamanya."
Sekali lagi kami tersenyum.
Teringat saya satu cerita yang pernah kami sembangkan pada suatu petang semasa Najwa masih berusia tiga tahun.
"Ain, nanti kan masa umur kita 50 tahun, Najwa dah 25 usianya. Dah keluar universiti dah. Bolehlah dia tanggung belanja adik-adiknya nanti."
"Entah-entah dia ikut jejak kita bang, habis belajar terus kahwin. Belum pencen dah bercucu dah kita agaknya.
"Abang tau tak masa kat office kan, kadang-kadang we just know that we have shifted gears and moved on with our life compared to our peers?" balas Ain.
Tekun saya memasang telinga.
"Tadi masa kat office, sembang masa lunch dengan kawan-kawan. Ada yang sama umur dengan kita, ada yang senior.
"Masa geng yang dah ada anak-anak kecil macam kita sembang pasal pampers, ruam lampin, anak dah mula merangkak dan tumbuh gigi, ada yang lagi senior usianya daripada kita dan belum berkahwin bersembang perkara-perkara yang kita dah tak boleh nak relate dah tau bang."
"Hmm... Abang tak faham ni, maksud Ain?"
"Mereka ni cerita benda-benda macam erm... nanti nak kahwin nak lelaki yang hensem, yang ada kumis, ada yang kata nak lelaki seksi ada bulu dada. Ish, dah tak boleh masuk dah kita dalam cerita-cerita macam ni.
"Bila fikir, kan bang, kesian sebenarnya. Apalah yang kawan-kawan kita yang belum kahwin tu cari agaknya dalam pasangan mereka, kan?
"Nak cari 'Mr Perfect' agaknya. Tinggi sangat benchmarknya. Sampai sekarang masih sendiri.
"Mereka ni semua sunyi tau, bang? Tak ada pasangan yang nak kongsi kegembiraan, kesedihan, menjadi tempat mengadu... Kesian, kan?"
Saya terdiam seketika cuba menyusun ayat.
"Mana ada manusia sempurna, kan Ain? Semua kita ni ada kekurangan. Yang sempurna tu Allah SWT.
"Setiap pasangan tu memang ditakdirkan jodohnya saling melengkapi. Kurang si lelaki ditampung isteri. Macam tu jugak sebaliknya. Macam kita ni kan saling melengkapi, kan?"
"Maksud abang?" desak Ain inginkan kepastian.
"Macam kita nilah. Ain suka dengar, abang yang banyak cakap. Abang tak pandai Matematik, Ain ada degree dalam Matematik. Kalau makan ayam goreng, abang tak suka peha ayam tapi sukakan bahagian kepak dan dada. Ain pulak sebaliknya. Kan saling melengkapi tu?
"Sepatutnya kita ni memang kena memilih tapi harus bertempat. Kita boleh letak senarai KPI (Key Performance Indicator) yang kita kehendaki daripada pasangan kita tu tapi tak bolehlah kesemua KPInya nak dipenuhi.
"Kalau ada katalah sepuluh perkara yang kita nak daripada pasangan kita. Janganlah nak dapatkan kesemua sepuluh kriteria baru nak kahwin. Dapat tujuh jadilah dulu. Tiga lagi kriteria tu kita binalah dalam alam rumahtangga.
"We have to be practical as we do not live in an ideal world," jelas saya.
Ain mengangguk.
"Wah, pandai abang Matematik tu. Dah siap pakai percentage dan nisbah bagai tu ha," usik Ain.
Berderai ketawa kami berdua.
Apa yang kita tunggu sebenarnya? Kenapa jodoh kita tak kunjung tiba?
Saya nak kongsikan sedikit apa yang saya temui di dalam buku yang dihadiahkan sepasang teman rapat saya. Buku ini bertajuk 'Inspirasi Cinta Terhebat'. Intailah mukasurat 3 bahagian tengah yang bertajuk "Ya Allah, aku tak ingin sendiri – Kenapa jodoh tak kunjung datang?"
Persoalan yang saya tanyakan tadi disusul soalan dalam buku yang ditulis Burhan Sodiq dengan bersahaja.
Bila ditanya tentang jodoh apa yang kita lakukan sebenarnya dalam menangani hal jodoh? Adakah kita memilih menunggu dan terus menunggu, sambil berharap penuh cemas? Atau adakah kita akan melakukan 'sesuatu', agar jodoh itu datang menyapa?
Soal jodoh ini bukan soal enteng, kan?
Saya pasti perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang tapi tak juga kunjung tiba akan bercampur baur perasaan cemas, kecewa dan lambat laun perasaan ini menjadi tekanan yang berlarutan apabila orang sekeliling mula mendesak dan menyakitkan dengan soalan sensitif yang bertubi-tubi.
Apabila kita ke kenduri-kendara, contohnya. 'Sosek-sosek' orang kampung bertanya pada ibu dan ayah kita, "Ish anak kamu tu lawa orangnya, berpendidikan pulak, apa lagi yang dicarinya tu bang/kak?" atau "Lewat sangat usianya anak abang tu, takda calon lagi ke?"
Kalau sekali dua mungkin tahan cuping telinga, tapi kalau selalu? Saya ada teman yang masih solo bercerita yang dia serik pulang ke kenduri-kendara sanak saudara kerana serik diaju soalan-soalan sebegini.
Mungkin ramai yang masih seorang di luar sana memberi pelbagai jawapan yang rasional kenapa masih membujang. Barangkali ada yang mengatakan belum ada calon yang sesuai, ekonomi belum stabil, masih belajar lagi, takut terkongkong dan sebagainya. Terpulanglah.
Suka saya kongsikan konteks murah rezeki selepas berumah tangga yang disebutkan di dalam Al-Qur'an;
"Dan nikahilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang patut (menikah) daripada hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi maha mengetahui"
(Surah An-Nur, ayat 32)
...dan mafhum hadis riwayat Imam Dailami dalam Musuad-al-Firdaus; "Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)."
Sebab itulah orang tua kata jangan risau jika lepas berkahwin dan mempunyai anak tak cukup wang untuk bagi anak-anak makan kerana adalah 'rezeki anak' itu nanti. Pernah dengar, kan, begitu?
Kepada sahabat-sahabat lelaki yang masih bujang ketahuilah bahawa terdapat tiga kunci kebahagiaan suami dalam isteri yang solehah iaitu;
- Jika dipandang membuat semakin sayang,
- Jika kamu pergi membuat tenang kerana dapat menjaga kehormatannya dan;
- Taat pada suami
Pilihlah bakal isteri kerana agamanya kerana Imam Tabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda; "Barangsiapa yang menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatannya), maka Allah SWT hanya akan menambah kehinaan; barangsiapa yang menikah kerana hartanya, maka Allah SWT tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana hasab (kemuliaannya), maka Allah SWT hanya akan menambah kerendahannya. Dan barangsiapa yang menikahi wanita kerana ingin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluannya) dan mempererat silaturrahim, Maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut."
Janganlah kita jadikan alasan pernah kecewa, inginkan perkahwinan yang glamor umpama puteri raja, tak mampu kerana mas kahwin dan hantarannya mahal, cacat anggota dan rasa rendah diri, tidak boleh kahwin tanpa bercinta dahulu, langkah bendul dan sebagainya sebagai halangan untuk berumahtangga.
Moga yang masih mencari bertemu yang dihajati dan segera membina istana bahagia.
Insya-Allah.
NAZALI NOOR
Oleh itu, ku terfikirkan perbualan diantara diri ini bersama imr di twitter dimana gadis molek ini ada berkata(lebih kurang la..) "azam pendiam, jadi azam kena ada pasangan yang banyak cakap la"
Pada awalnya ku terfikir, macam mana manusia boleh tak boring melayan orang yang pendiam macam ni. Maka, dalam artikel itu lah jawapannya.
Pertemuan dan jodoh itu ditangan Allah S.W.T.
Samada cepat atau lambat
Kekal ke akhir khayat atau sementara
Itu semua telah dirancang oleh-Nya
Pertunangan itu dirahsiakan
Pernikahan/perkahwinan itu lebih baik sekadar sederhana